I ♥ this blog

♥ VVIPs

No duty is more urgent than that of returning thanks. So, thanks everybody. ♥ deeba ♥

Tuesday, December 13, 2011

Welcome! Selamat Datang!

Assalamualaikum pembaca budiman

Ok straight to the point, kami menjual novel-novel terpakai dengan harga yang berpatutan. Sebelum anda membeli, diharap anda baca dulu syarat-syarat dan peringatan-peringatan serta kenyataan-kenyataan dibawah;

  • Harga diletakkan due to the quality of the novel. Nama lagi novel terpakai kan. For sure ade yang dah buruk. Hehe. Tapi dun worry be happy, novel-novel tersebut still lagi boleh dibaca dengan penuh perasaan.
  • Maaf jika warna novel yang sampai kepada anda tidak sama dengan warna pada gambar dalam blog. Ia adalah disebabkan penggunaan kamera murah, atau disebabkan cahaya, atau mungkin juga photographer nya takde skill. Hehe.
  • Maaf juga jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Kami masih baru dalam dunia perniagaan secara online dan masih lagi diperingkat ‘baby’. InsyaAllah kami akan upgrade dari semasa ke semasa. Any suggestion, please let us know.
  • Novel yang telah dijual tidak boleh dikembalikan jika kesalahan ‘mengorder’ dipihak anda. Tetapi, jika kesalahan dipihak kami, kami akan bertanggungjawab.
  • Sebarang tempahan, pertanyaan dan aduan, boleh diemelkan kepada, himpunancinta@yahoo.com.
  • Harga tidak termasuk dengan harga postage. Harga novel + postage akan diberitahu melalui emel.
  • Cara pembayaran adalah melalui transfer wang ke dalam akaun. Nombor akaun juga akan diberitahu melalui emel.
Kerjasama dari pihak anda, amat kami hargai. Salam sayang (“,)

♥ ♥ ♥ Spread some love here ♥ ♥ ♥


Wednesday, July 20, 2011

Sinopsis "Andai Itu TakdirNYA"




Salam Sayang

♥♥♥♥

“Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya.”

“Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah jadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling.”

Andai itu takdir-NYA, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleeya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.

“Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-NYA sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil.”



Kod : HC #7
Tajuk : Andai Itu Takdirnya
Pengarang : Siti Rosmizah
Harga Asal : RM 19.90
Harga Jual : RM 13
 
Cari novel lain? Klik sini :



# harga tidak termasuk dengan harga postage.

Sebarang tempahan, pertanyaan dan aduan, boleh diemelkan kepada, himpunancinta@yahoo.com atau di Facebook Himpunan Cinta
Wassalam.

Tuesday, July 19, 2011

Sinopsis "Pergilah Air Mata"





Salam sayang

 ♥♥♥♥ 

Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata Cuma titik mula pada derita yang tidak bertepi. Sumpah bukan ini yang aku mahu. Sumpah juga, aku tidak pernah mahu membuat kau terseksa. Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu. Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya. Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu member tanda tanya di hati ini? Mungkinkah kita sama-sama berkongsi satu rasa? Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut? Atau… mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri? Mungkin… kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang. Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit….. SABRINA.

Memang aku benci. Memang aku tidak pernah rela dengan takdir ini. Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling kubenci ini? Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan? Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu? Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu? Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh dihati dia. Lalu, apa sebenarnya yang berlaku di antara kita? Bagaimana cara untuk aku hapus wajahmu yang terus menemani mimpiku? Di mana noktahnya mainan perasaan ini…. BADRUL.


Kod : HC #2
Tajuk : Pergilah Air Mata
Pengarang : Hanni Ramsul
Harga Asal : RM 28
Harga Jual : RM 14


Cari novel lain? Klik sini :



# harga tidak termasuk dengan harga postage.

Sebarang tempahan, pertanyaan dan aduan, boleh diemelkan kepada, himpunancinta@yahoo.com atau di Facebook Himpunan Cinta
Wassalam.

# 3 : Wordless Wednesday

Saturday, July 09, 2011

Sinopsis " Terbanglah sayang"





Salam sayang

######

Best Friend Forever (BFF)… merupakan ungkapan yang sering diucapkan dua orang teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya Zahra, yang sering mendapat gelaran ‘kembar’; ke mana-mana sahaja, mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.

Pun begitu, mereka bagaikan sedang dalam satu pertandingan untuk merebut sebuah trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing-masing berentap untuk berada di depan.

Inaz, suka yang rancak dan kecoh, sedang mencari seseorang yang baik budi, menambat hati. Suka kepada yang bertubuh ‘tegap’…asal tidak mengingatkan kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dengan tekanan. Mampukah Inaz mencari apa yang diimpikan?

Fiya pula, seorang yang pintar, suka kepada ‘nature’, minat aktiviti lasak, sayang kepada haiwan, sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan. Mungkin kerana itu, Fiya dan Inaz bagaikan sedang bercakaran.

Munawarah dan Melissa, teman baik yang cuba jadi orang tengah, penasihat…mungkin juga pembelot?

Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel…dengan empat orang jejaka di atas gunung legenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai soalan dan teka-teki.

Novel ini akan temukan pembaca dengan pelbagai karekter yang berbeza kerjaya, mendekatkan kita kepada wira-wira Negara, yang mungkin sebelum ini tak pernah kita kenali. Merasai apa yang dirasai oleh seorang anak angkat yang cuba mencari identity diri. Siapakah agaknya yang menjadi burung rajawali, penuh perasaan tinggi diri, yang akhirnya terpaksa lakukan transformasi?

Sukarkah unutk menerima kekalahan dan payahkah untuk meluahkan perasaan? Sama-samalah menyelami dan menghayati kisah suka duka kehidupan mereka yang bergelar insane, yang disusun indah dalam novel Terbanglah Sayang.


Kod : HC #6
Tajuk : Terbanglah Sayang
Pengarang : Aina Emir
Harga Asal : RM 23.90
Harga Jual : RM 15
 
Cari novel lain? Klik sini :



# harga tidak termasuk dengan harga postage.

Sebarang tempahan, pertanyaan dan aduan, boleh diemelkan kepada, himpunancinta@yahoo.com atau di Facebook Himpunan Cinta
Wassalam.

Sinopsis "Bumi Cinta"




Salam sayang

♥♥♥♥♥♥♥
Apa yang akan berlaku, jika seorang graduan lulusan agama, bernama Muhammad Ayyas, hidup di Negara yang amat menjunjung tinggi seks bebas dan pornografi, iaitu Russia? Adakah iman dan kehormatannya dipertaruhkan demi memenuhi hasrat duniawi gadis-gadis muda Moscow, yang kecantikan mereka tiada taranya?

Ayyas sudah memejamkan kedua matanya. Dia ingin segera lelap. Tetapi bayangan Yelena dengan segala keindahan tubuhnya, yang baru saja dilihatnya meskipun sekejap, seolah-olah hadir di pelupuk matanya. Bayangan wajah cantik Anastasia Palazzo juga menari-nari di pelupuk matanya. Darah mudanya semakin hangat. Ayyas berusaha menepis bayangan itu tetapi tidak mudah, Bayangan itu seperti tersimpan dan menempel erat di salah satu sudut hatinya. Seperti virus di computer yang tidak mudah dihilangkan. Ayyas merasa ujian keimanan ini terasa lebih berat daripada musim dingin yang paling menggigit sekalipun.

Rasa dingin yang menggigit itu terasa hilang begitu saja ketika dia masuk ke kamarnya yang hangat oleh pemanasnya. Tetapi virus moleknya Yelena dan cantiknya Anastasia tidak mudah dihilangkan. Meskipun dia sudah solat dan membaca Al-Quran, virus itu tidak juga dapat dihapuskan dengan sempurna, masih tersisa, hanya mampu dijinakkan. Ayyas membaca istighfar berulang kali. Lebih dari tujuh puluh kali. Dalam istighfarnya, dia teringat pesan Kiai Luqman Hakim, saat mengaji di pesantren Kajoran Magelan dulu. 

“Ingatlah nak, kecantikan wanita itu yang menjadi sebab para penuntut dan satria agung dalam pertapaannya!”

Ayyas terus berzikir dan beristighfar sampai tertidur. Dalam tidurnya yang pulas, Ayyas bermimpi ada dua ekor ular masuk ke dalam kamarnya dan memburunya.


 
Kod : HC #11
Tajuk : Bumi Cinta
Pengarang : Habiburrahman El Shirazy
Harga Asal : RM 25.90
Harga Jual : RM 16
 
Cari novel lain? Klik sini :



# harga tidak termasuk dengan harga postage.

Sebarang tempahan, pertanyaan dan aduan, boleh diemelkan kepada, himpunancinta@yahoo.com atau di Facebook Himpunan Cinta
Wassalam.