I ♥ this blog

♥ VVIPs

No duty is more urgent than that of returning thanks. So, thanks everybody. ♥ deeba ♥

Tuesday, July 19, 2011

Sinopsis "Pergilah Air Mata"





Salam sayang

 ♥♥♥♥ 

Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata Cuma titik mula pada derita yang tidak bertepi. Sumpah bukan ini yang aku mahu. Sumpah juga, aku tidak pernah mahu membuat kau terseksa. Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu. Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya. Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu member tanda tanya di hati ini? Mungkinkah kita sama-sama berkongsi satu rasa? Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut? Atau… mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri? Mungkin… kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang. Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit….. SABRINA.

Memang aku benci. Memang aku tidak pernah rela dengan takdir ini. Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling kubenci ini? Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan? Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu? Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu? Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh dihati dia. Lalu, apa sebenarnya yang berlaku di antara kita? Bagaimana cara untuk aku hapus wajahmu yang terus menemani mimpiku? Di mana noktahnya mainan perasaan ini…. BADRUL.


Kod : HC #2
Tajuk : Pergilah Air Mata
Pengarang : Hanni Ramsul
Harga Asal : RM 28
Harga Jual : RM 14


Cari novel lain? Klik sini :



# harga tidak termasuk dengan harga postage.

Sebarang tempahan, pertanyaan dan aduan, boleh diemelkan kepada, himpunancinta@yahoo.com atau di Facebook Himpunan Cinta
Wassalam.

No comments: